Anda di sini

Deepavali disambut sederhana tetapi meriah

Advertisement

Semangat muhibah dan keharmonian pelbagai kaum dikekalkan menerusi tradisi rumah terbuka

SELAMAT DEEPAVALI: Najib (tiga kiri) bersama Rosmah (dua kiri) dan Muhyiddin (dua kanan) berseloroh dengan Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia, Tan Sri K K Eswaran (tiga kanan) serta isteri Puan Sri Vivienne Eswaran (kiri) ketika upacara memotong kek sempena Rumah Terbuka Deepavali anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia di High Convention Centre di Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Sam-butan Deepavali semalam diraikan secara sederhana tetapi meriah oleh penganut agama Hindu di seluruh negara.

Sinonim sebagai pesta cahaya, perayaan itu juga di-sambut dengan mengekalkan semangat muhibah dan keharmonian rakyat berbilang kaum menerusi tradisi rumah terbuka.

Di KUALA LUMPUR, kemuncak sambutan ialah rumah terbuka Deepavali anjuran MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam, menteri-menteri Kabinet dan beberapa pemimpin-pemimpin parti yang lain.

Kira-kira 5,000 anggota masyarakat berbilang kaum menghadiri majlis tersebut.

Selain itu, perayaan Dee-pavali di Batu Caves me-nyaksikan ribuan penganut agama Hindu melaksanakan upacara sembahyang mereka seawal jam jam 6 pagi dengan berpakaian serba baharu dan berwarna-warni.

Dalam pada itu, kemeriahan itu tetap dirasai oleh masyara-kat India yang terpaksa me-nyambut perayaan di pusat pemindahan berikutan kejadian tanah runtuh yang menimpa Apartment Teratai di Bukit Beruntung Isnin lalu.

Walaupun terpaksa meraya-kan Deepavali di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya, 2, dekat sini, namun, ia bukan penghalang untuk menggaya-kan pakaian tradisional dan bergerak ke kuil berhampiran.

“Memang perasaan sedih tu ada sebab terpaksa sambut di sini, namun saya bersyukur juga sebab kaum lain turut sama memberi sambutan,” kata seorang mangsa.

Di SHAH ALAM, sambutan Deepavali dimulai dengan tradisi mengunjungi kuil di sekitar bandar raya ini dan Klang untuk ‘bersembahyang’.

Penganut Hindu mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka untuk menerima kunjungan saudara-mara dan sahabat handai.

Anggota Exco kerajaan negeri Selangor V. Ganabatirau turut mengadakan rumah terbuka di kediamannya di Seksyen 7.

Di SEREMBAN, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin mengunjungi rumah terbuka anggota Majlis Ter-tinggi MIC Kebangsaan, yang juga Ketua MIC Bahagian Rembau Datuk V.S. Mogan di rumahnya di Taman Rantau, Rantau dekat sini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Dr Awaludin Said, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan dan masyarakat pelbagai kaum.

Mohamad dan isteri kemudian mengunjungi rumah terbuka Deepavali Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Kampung Baru negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, L. Manickam di pekarangan Pusat Khidmat DUN Jeram Padang di Taman Saujana, Rompin, Bahau.

Di MELAKA, Ketua Men-teri Datuk Seri Idris Haron mengunjungi rumah terbuka di rumah bekas exco kerajaan negeri, Datuk S.Perumal.

Sementara itu, Little India Melaka di Jalan Bendahara meriah dengan hiasan warna-warni Deepavali yang menarik perhatian para pe-ngunjung.

Beberapa kawasan pelancongan di Melaka terutama di Bandar Hilir dan Ayer Keroh dikunjungi ramai pelancong dari dalam dan luar negara.

Di IPOH, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menghadiri majlis rumah terbuka Setiausaha Perhubungan MIC Negeri, Datuk V. Elango di Sitiawan.

JAMU SELERA: Sebahagian tetamu menikmati makanan pada majlis Rumah Terbuka Hari Deepavali anjuran MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama

Di PULAU PINANG, kawasan di sekitar Jalan Air Terjun kelihatan meriah berikutan ribuan penganut agama Hindu berkunjung ke kuil sebelum mengunjungi rumah saudara-mara dan rakan.

Kelihatan juga orang ramai termasuk pelancong asing bersiar-siar di sekitar Lebuh Queen, Lebuh Chulia and Jalan Pasar yang merupakan tempat tumpuan semasa perayaan Deepavali yang di-hiasi kolam berwarna-warni.

Di KEDAH, sambutan Deepavali diraikan dalam keadaan cuaca cerah di sebelah awal pagi hingga lewat tengah hari.

Beberapa kuil pula kelihatan penuh dengan penganut agama Hindu untuk menunaikan upacara keagamaan mereka.

Di KANGAR, usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) M. Kumaran, 53, menganjurkan majlis rumah terbuka di Dewan Rumah Seri Kenangan, bagi memeriahkan lagi sambutan Deepavali tahun ini.

Majlis yang bermula jam 11 pagi dan berakhir pada jam 2 petang itu dihadiri kira-kira 500 tetamu antara-nya Pengerusi Jawatankuasa Wanita dan Kebajikan Perlis Rela Ahmad dan Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis Ku Chik Ku Md Isa.

Pada majlis itu Kumaran turut memberi sumbangan wang tunai kepada beberapa badan bukan kerajaan serta warga emas, dan anak-anak yatim sekitar Kangar.

Di KOTA BAHARU, pe-rayaan Deepavali disambut meriah dengan tetamu dihidangkan masakan tradisio-nal masyarakat tersebut se-perti muruku dan manisan.

Pengerusi MIC Kelantan, M Kuppusamy berkata sambutan Deepavali bermula dengan mandi minyak diikuti mereka mengunjungi kuil.

Katanya, terdapat kira-kira 7,000 masyarakat India di negeri ini yang kebanyakannya tinggal di Kota Baharu dan Kuala Krai.

Di KOTA KINABALU, Pengerusi Perhubungan MIC Sabah, Datuk V. Jothi me-ngerjakan upacara agama serta mengadakan jamuan ringan bersama sahabat dan rakan taulan penganut Hindu di Kuil Sri Pasupathinath Alayam, Bukit Padang.

Jothi berkata sambutan Deepavali memainkan pera-nan penting dalam mengerat-kan lagi semangat setia kawan termasuk dihadiri pelbagai kaum tanpa mengira anutan dan kepercayaan di negara ini khususnya Sabah.

MIC Sabah dijadual meng-adakan majlis rumah terbuka Deepavali peringkat negeri di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas pada 26 Okt ini yang dijangka dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Di SARAWAK, walaupun penganut agama Hindu di negeri ini hanya kira-kira 10,000 dan Deepavali bukan cuti umum, perayaan itu tetap disambut meriah.

Sebagai minoriti tidak menghalang penganut Hindu meneruskan amalam tradisi seperti mandi minyak bijan yang melambangkan penyucian badan dan semangat, sebelum mereka mengunjungi kuil.

Antara kuil yang menjadi tumpuan penganut Hindu di Kuching ialah Kuil Sri Srinivasagar Kaliamman, Jalan Ban Hock dan Kuil Sri Maha Mariamman, Batu Lintang. — Bernama

Advertisement