Anda di sini

Bilik kuarters pekerja syarikat musnah terbakar

Advertisement

SIASAT: Kelihatan seorang pegawai bomba sedang melakukan siasatan di tempat kejadian.

KUCHING: Sebuah bilik kuarters pekerja milik syarikat perindustrian di Jalan Semangat, Bintawa di sini terbakar dipercayai berpunca daripada lintar pintas semalam.

Menurut jurucakap bomba, kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi di mana pihaknya menerima penggilan kecemasan beberapa minit kemudian dan seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Tabuan Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kita dapati sebuah bilik di tingkat satu bangunan tersebut telah terbakar 100 peratus dan kita berjaya mengawal api daripada merebak pada jam 11.25 pagi sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 12.07 tengah hari,” katanya.

Difahamkan, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba Kuching dikerahkan ke tempat kejadian untuk membantu operasi tersebut.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut dan kebakaran disyaki berpunca daripada litar pintas,” katanya.

Bagaimanapun punca sebenar kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Advertisement