Anda di sini

Atlet MAA menyerlah pada Kejohanan Memanah Terbuka Antarabangsa Borneo

Advertisement

MIRI: Persatuan Memanah Miri (MAA) berjaya menyumbang dua pingat perak dan dua gangsa untuk Malaysia pada Kejohanan Memanah Terbuka Antarabangsa Borneo 2014 di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Menurut Presiden MAA David Ting, beliau bangga dengan pencapaian kesemua 17 atlet di bawah persatuannya pada kejohanan bertaraf antarabangsa selama lima hari itu.

“Kita menghantar seramai 17 atlet untuk bersaing dan diberi pendedahan pada kejohanan bertaraf antarabangsa itu,” katanya kepada Utusan Borneo.

“Lebih bermanfaat apabila ramai pemanah berpengalaman menyertai kejohanan berkenaan.”

90 peserta yang mengambil bahagian adalah dari Malaysia, Hong Kong, Singapura dan Belanda.

David menjelaskan, walau gagal meraih pingat emas, beliau tetap berpuas hati dengan semangat kesukanan dan persaingan sihat ditunjukkan oleh para atlet MAA.

“Kita tidak kecewa kerana gagal meraih emas pada  kejohanan ini, sebaliknya sangat berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan,” ujar beliau.

Advertisement