Anda di sini

Tujuh lelaki, dua buruh asing didenda, penjara dua minggu

Advertisement

MIRI: Tujuh lelaki termasuk dua buruh ladang warga as-ing masing-masing didenda RM300 atau dua minggu penjara oleh Mahkamah Ma-jistret, di sini semalam kerana kesalahan hadir di sesi sabung ayam haram.

Semua tertuduh yang beru-sia antara 19 hingga 70 tahun didakwa mengikut Seksyen 3 (1) Peraturan Pencega-han Penganiayaan Terhadap Binatang Pelihara (Ayam Sabung) 1962 dan dihukum di bawah Seksyen 5 (3) per-aturan sama.

Mengikut kesalahan ini, mereka dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, bertindak atas maklumat diterima sepasukan polis dari Balai Polis Pusat Miri membuat serbuan cegah perjudian ke sebuah kawasan tanah lapang di sebuah la-dang di Suai, Niah kerana dipercayai ada kegiatan sabung ayam haram dian-jurkan di situ.

Dalam serbuan dilakukan sekitar jam 3.30 petang, 18 Oktober lalu polis berjaya menangkap seramai tujuh orang lelaki termasuk dua bu-ruh warga Indonesia kerana didapati hadir di sesi sabung ayam tersebut yang dianjur-kan secara haram.

Berikutan itu, semua ter-tuduh dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.

Advertisement