Anda di sini

Tidak wajar salahkan MPPP isu perumahan

Advertisement

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang tidak harus menyalahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) atas kegagalan dasar perumahan kerajaan negeri pimpinan DAP itu dalam menyediakan rumah mampu milik.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Ne-geri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid berkata, MPPP tidak seharusnya dikatakan cuai dalam melaksanakan dasar harga rumah mampu milik jika kerajaan negeri sendiri gagal menyatakan dengan jelas keluasan unit rumah bagi setiap kategori harga yang mereka tetapkan.

“Kerajaan negeri per-lu lebih tegas dalam melaksanakan program perumahan mampu milik di Pulau Pinang dan menyediakan garis panduan lengkap untuk dilaksanakan pihak berkuasa tempatan da-lam meluluskan permohonan Pelan Kebenaran Merancang oleh pemaju,” katanya di sini semalam.

Akhbar berbahasa Cina semalam melaporkan Pengerusi Jawatan-kuasa Perumahan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo menerima aduan daripada dua pembeli rumah mendakwa mereka perlu membayar RM200,000 bagi unit rumah berkeluasan 42.82 meter persegi (461 kaki persegi).

Jagdeep yang men-jawab aduan itu dipetik sebagai berkata MPPP telah cuai dalam melaksanakan dasar harga rumah mampu milik kerajaan negeri dan beliau juga mengakui tiada garis panduan keluasan unit rumah mampu milik dimasukkan dalam dasar perumahan kerajaan negeri.

Jahara berkata meng-ikut dasar perumahan yang diumum kerajaan negeri, jika kepadatan unit rumah ditingkatkan sehingga 87 unit bagi 0.4 hektar (seekar), pemaju perlu membina 30 peratus unit rumah kos rendah pada harga jualan RN42,000 seunit dan kos sederhana rendah pada harga RM72,500 seunit.

Katanya pemaju juga dikehendaki membina 25 peratus rumah dalam kategori rumah mampu milik, iaitu lima peratus pada harga RM200,000; 15 peratus rumah berharga RM300,000 dan lima peratus rumah berharga RM400,000.

“Adalah amat me-ngecewakan kerana tiada garis panduan me-ngenai keluasan unit rumah untuk kategori mampu milik, Pemaju mengambil kesempatan untuk menawarkan rumah bersaiz lebih kecil daripada rumah kos rendah dan sederhana rendah pada harga jualan yang sangat tinggi,” katanya. — Bernama

 

 

 

Advertisement