Anda di sini

SUPP Bintulu anjur dialog dengan penduduk setinggan hari ini

Advertisement

BINTULU: Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu meng-adakan sesi dialog bersama penduduk di penempatan setinggan Sungai Sebatang di Jalan Tanjung Kidurong, di sini hari ini (22 Oktober).

Dialog diketuai Pengerusi-nya Johnny Pang dan Kapitan Ting Khai Tung itu akan membincangkan pelbagai isu berbangkit berkaitan penempatan setinggan di kawasan Sungai Sebatang serta kawasan berdekatan.

Menurut Pang, pihaknya akan berbincang secara terbuka dengan penduduk di kawasan itu mengenai pelbagai isu serta masalah yang melanda penduduk serta hala tuju mereka pada masa depan.

“Kami tidak boleh memberi jaminan serta menjanjikan yang terbaik bagi menyelesaikan isu serta masalah melanda mereka, tetapi SUPP berjanji membantu semampu mungkin bagi memberi jalan terbaik menyelesai-kan masalah ini dengan sewajarnya,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Dialog itu secara tidak langsung membantu SUPP lebih memahami masalah yang mereka alami dan langkah seterusnya membantu mereka dalam masa terdekat.

Jelasnya, setelah memahami isu itu baharulah SUPP memikirkan langkah relevan kepada kerajaan negeri bagi menyelesaikan semua penempatan setinggan yang terdapat di sini.

SUPP mahu mendengar segala keluhan serta permintaan mereka sebelum dipanjangkan kepada Pejabat Residen Bintulu, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Jabatan Tanah dan Survei.

“Setelah selesai dialog nanti, SUPP menggunakan maklumat sedia ada untuk menghantar cadangan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengenai langkah menyelesaikan masalah dihadapi penduduk di kawasan setinggan,” katanya.

Advertisement