Anda di sini

PM dan TPM sifatkan negara kehilangan tokoh karyawan ulung

Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pemergian Allahyarham Tan Sri Prof Dr Ismail Hussein sebagai satu kehilangan besar seorang tokoh karyawan dan pendita ulung kepada negara.

“Takziah kepada keluarga Dr Ismail yang kembali ke rahmatullah. Moga ditempatkan antara yang beriman,” katanya dalam tweet terbaharu beliau semalam.

Bekas Ketua Satu Gabu-ngan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) itu meninggal dunia kira-kira jam 9.36 malam kelmarin di Pusat Perubatan Universiti Malaya dipercayai akibat sakit tua.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan Allahyarham Dr Ismail sebagai seorang yang tegas dalam usahanya memartabatkan kesusasteraan dan bahasa Melayu.

“Sepanjang mengenali Allahyarham, beliau merupakan seorang yang amat dedikasi, tenang dan berhemah,” kata-nya dalam satu kenyataan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di sini semalam.

Beliau berkata sepanjang Allahyarham menerajui GAPENA, banyak usaha dan kejayaan dicapai untuk memartabatkan kesusasteraan dan bahasa Melayu serta perpaduan bangsa yang mengisi agenda perjuangan persatuan tersebut. — Bernama

Advertisement