Anda di sini

Pelajar lelaki lepasan tingkatan tiga berpeluang dapat diploma lebih awal

Advertisement

KUCHING: Pelajar lelaki lepasan tingkatan tiga di negeri ini kini berpeluang memperoleh kelulusan diploma lebih awal dengan mengikuti Program Penjanaan Kuasa Elektrik yang ditawarkan di Kolej Vokasional Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS).

Menteri Kebajikan, Wa-nita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata program ke arah mencapai Diploma Vokasional Malaysia itu adalah amat bagus di mana pelajar yang layak akan terus mengikuti pengajian peringkat pra-diploma dan seterusnya diploma sekali gus layak bagi pasaran pekerjaan.

“Kelebihan mengikuti Program Penjanaan Kuasa Elektrik di Kolej Vokasional PPKS ialah pelajar akan memperoleh diploma setahun lebih awal berban-ding dahulu di mana pelajar perlu menamatkan tingkatan lima untuk memasuki kolej vokasional,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke PPKS di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif PPKS Datuk Baharudin Abdullah berkata Program Penjanaan Kuasa Elektrik di Kolej Vokasional PPKS sudah bermula tahun ini dengan pengambilan pertama seramai 50 pelajar.

“Buat masa sekarang, kami cuma akan meng-ambil seramai 50 pelajar setahun mengikut kuota yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan,” katanya.

Program Penjanaan Kuasa Elektrik di Kolej Vokasional PPKS adalah pengajian selama empat tahun (lapan semester) dan tiga bulan untuk latihan industri.

Terma calon untuk me-mohon program ini haruslah pelajar yang telah menduduki peperiksaan tingkatan tiga serta memperolehi sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.

Selain itu, calon haruslah warganegara Malaysia, sihat tubuh, tidak rabun warna dan berminat dalam bidang yang dipohon.

Advertisement