Anda di sini

Masyarakat Bidayuh diseru junjung Undang-Undang, Adat Bidayuh

Advertisement

SANTUBONG: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Roland Sagah Wee Inn semalam menyeru masyarakat Bidayuh untuk menjunjung Undang-Undang dan Adat Bidayuh yang telah wujud sekian lama.

Beliau berkata adat istiadat itu telah menjadi panduan untuk melihat dunia dengan pendirian sendiri sekali gus memainkan peranan penting bagi masyarakat Bidayuh.

“Pada dasarnya, kita (Bidayuh) mungkin kelihatan seperti orang yang ringkas… tetapi bagi saya kita adalah orang yang berbudaya dan sofistikated kerana Undang-Undang dan Adat Bidayuh.

“Undang-Undang Bidayuh telah wujud sebelum undang-undang sivil… jadi untuk tujuan itu, kita harus berbangga dan terus mengkaji semula demi kepentingan masyarakat,” katanya ketika berucap merasmikan Bengkel Undang-Undang dan Adat Bidayuh di sebuah hotel terkemuka di Santubong, semalam.

Acara selama empat hari anjuran Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS) itu disertai 93 pemimpin masyarakat kaum Bidayuh, termasuk ketua-ketua kampung dari kawasan Siburan dan Padawan.

Sagah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat turut menyeru penguatkuasaan yang efektif dan mencadangkan MAIS bekerjasama dengan polis dan Jabatan Kehakiman.

Beliau turut menyeru ma-syarakat untuk bekerjasama rapat dengan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh dalam mengukur tanah.

“Kita perlu merebut pe-luang dan bekerjasama dengan DBNA meskipun terpaksa membelanjakan sedikit wang dalam mengeluarkan surat hak milik tanah kerana tanah kita adalah lombong emas kita,” katanya.

Hadir sama, Temenggung Bidayuh Bahagian Kuching Austin Dimin dan Ketua Adat Bidayuh MAIS Bati Juram.

Advertisement