Anda di sini

Kontraktor disyaki terlibat dadah diberkas

Advertisement

MIRI: Seorang kontraktor yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah diberkas polis dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Pemindahan, Marudi dekat sini pagi se-malam.

Berikutan tangkapan itu, suspek berusia 30 tahun dibawa ke Balai Polis Marudi untuk disoal siasat.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Gan Tian Kee ke-tika dihubungi mengesa-hkan menerima laporan berhubung tangkapan ke atas suspek.

Katanya, semasa tangka-pan polis turut merampas sejumlah dadah daripada sus-pek untuk dijadikan barang kes.

Menurutnya, bertindak atas maklumat diterima sepa-sukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi diketuai ASP Mohd Ruslan membuat serbuan ke sebuah rumah di Kampung Pemin-dahan, Marudi.

Dalam serbuan sekitar jam 7 pagi itu, polis menangkap seorang lelaki disyaki terlibat kegiatan penyalahgunaan dadah.

“Polis membuat pemerik-saan lanjut menjumpai satu keratan tiub straw berwarna hijau muda mengandungi ketulan-ketulan kristal di-percayai dadah berbahaya jenis syabu dengan berat kasar 0.04 gram.

“Hasil ujian air kencing dilakukan ke atas suspek juga menunjukkan kesan positif dadah jenis amphetamine,” katanya.

Menurut Gan, suspek di-tangkap untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya kerana kesalahan memiliki dan menggunakan dadah berbahaya tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Advertisement