Anda di sini

Helmy, Awang Shaiful juara pingpong LSUS

Advertisement

TAHNIAH: Hamdan (dua kanan) menyampaikan hadiah kepada beregu Helmy Hamzah dan Awang Shaiful Azari pada penyampaian hadiah pertandingan itu.

SRI AMAN: Beregu Helmy Hamzah dan Awang Shaiful Azari muncul juara Pertandingan Pingpong Liga Sukan Untuk Semua (LSUS) Peringkat Bahagian Sri Aman anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman di Stadium Kompleks Sukan di sini kelmarin.

Dengan kemenangan itu, beregu terbabit mewakili Bahagian Sri Aman ke pertandingan peringkat negeri yang bakal berlangsung di Miri pada November depan.

Pasangan itu turut berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200.

Naib juara dan tempat ketiga masing masing disandang beregu Tan Howe dan Then Tso Shen serta Tan Kok Chin dan Baharuddin manakala keempat dimenangi pasangan Abang Kamarudin dan Syufairul Sibi.

Kategori individu, juara milik Helmy Hamzah meraih wang tunai RM100, tempat kedua dan ketiga dimenangi Then Tso Shen dan Tan Howe dengan hadiah wang tunai RM70 dan RM50. Keempat dimenangi Syufairul Sibi dengan wang tunai RM30.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Hamdan Katang.

Hadir sama Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, Mohd Israk Ismail.

Advertisement