Anda di sini

Buruh ladang diperintah berkelakuan baik

Advertisement

MIRI: Seorang buruh ladang warga asing diperintahkan Mahkamah Majis-tret, di sini semalam supaya berkelakuan baik selama tempoh enam bulan setelah mengaku bersalah ter-hadap tuduhan memi-liki sebilah pisau tanpa kebenaran sah.

Syamsudin, 40, dari Indonesia didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kak-isan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang mempe-runtukkan hukuman penjara dua tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.

Berdasarkan per-tuduhan kes, tertuduh didapati memiliki sebilah pisau tanpa kebenaran sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 3.45 petang, pada 18 Oktober lalu di kawasan tanah la-pang di sebuah ladang di Suai, Niah.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu agar huku-man ke atasnya dirin-gankan memandang-kan ini adalah kesala-han pertamanya.

Advertisement