Anda di sini

Bunuh: Lelaki dijel 18 tahun

Advertisement

SIBU: Seorang lelaki berusia 29 tahun dijatuhi hukuman 18 tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas ke-salahan menyebabkan kematian tanpa niat tahun lalu.

Tertuduh, Matu Ukol dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Seksyen itu membawa huku-man penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, Matu didakwa menyebabkan kema-tian tanpa niat terhadap Jana Jamit dengan menggunakan sebilah pisau di sebuah rumah panjang di Beleti, Hulu Sugai Pakan pada 26 Disember ta-hun lalu kira-kira jam 3.30 petang.

Berdasarkan fakta kes, polis Julau menerima maklumat kira-kira jam 5.10 petang pada hari sama mengenai kejadian bunuh di sebuah rumah panjang di Hulu Sugai, Pakan.

Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis diketuai Insepktor Rodhman Mansa bergegas ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki terbaring berlumuran darah di bahagian ruai rumah panjang.

Polis menahan tertuduh membantu siasatan lanjut selain mengambil keterangan be-berapa saksi di rumah panjang tersebut.

Siasatan mendapati punca pembunuhan disebabkan tin-dakan tertuduh menampar isteri mangsa yang kemudian membawa kepada pergaduhan dan pembunuhan itu.

Dalam rayuan, Matu sebe-lum ini mempunyai kesalahan lampau memberitahu kesal dengan apa yang berlaku selain terpaksa menjaga kedua-dua orang tuanya.

Advertisement