Anda di sini

28 buruh binaan warga asing dicekup polis

Advertisement

Oleh Rosemaria Buma//

DIBERKAS: Semua suspek dieskot ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat.

MIRI: Seramai 28 orang buruh binaan warga asing telah diberkas polis dalam Ops Bersepadu di sebuah tapak pembinaan di Miri Waterfront Commercial Centre di sini awal pagi semalam.Operasi bermula pada jam 7 pagi itu membabitkan sepasu-kan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Miri diketuai ASP Julius Panai An-thony dan sepasukan anggota Batalion 12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri diketuai ASP Zawi Awang.

Tangkapan ke atas semua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 30-an dibuat kerana disyaki terlibat dalam pelbagai kesalahan.

Menurut sumber, daripada jumlah itu lima suspek ditang-kap kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan curi disiasat mengikut Sek-syen 457 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan mere-ka boleh dikenakan hukuman penjara 14 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Pemeriksaan lanjut mendapati lima suspek terbabit juga tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Mengikut kesalahan ini, mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 6 (3) akta sama yang memperuntukkan denda RM10,000 atau pen-jara lima tahun atau kedua-duanya sekali serta disebat sehingga enam kali jika sabit kesalahan.

Manakala 23 orang yang lain ditangkap mengikut Seksyen 15 (1) (c) akta sama kerana kesalahan tinggal di negeri ini setelah pas lawa-tan sosial yang dikeluarkan kepada mereka tamat tem-poh sah.

Bagi kesalahan ini, mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (4) akta sama membawa denda RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berikutan tangkapan itu semua suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat lanjut.

Advertisement