Anda di sini

Golf: Ismail Puat julang Piala Talip

Advertisement

KUCHING: Trofi Cabaran Piala Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) 2014 menjadi milik Ismail Puat Saat pada kejohanan golf di Damai Golf & Country Club (DGCC) semalam.

Selain trofi, Ismail turut membawa pulang pakej penginapan di Damai Beach Resort, jamuan malam di Cafe Satang dan replika trofi.

Lebih menarik, pemain dengan handicap 23 itu juga memenangi kategori terbuka ‘nett’ dengan mengalahkan Salleh Mat di tempat kedua manakala Wan Saperi Wan Abdullah di tempat ketiga.

Kategori terbuka ‘gross’ menyaksikan Awang Sani Seruji muncul juara diikuti Roslan Salleh di tempat kedua dan ketiga diraih Azman Hamdan.

Mohd Ibrahim Nordin mengungguli kategori tetamu jemputan ‘nett’ manakala tempat kedua disandang Dr Simon Sinang Bada manakala Zulkifli Embong di tempat ketiga.

Kategori tetamu jemputan ‘gross’ menyaksikan Mohd Lokman Mostapa muncul juara.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Datuk Rashid Khan menjuarai kategori VIP ‘nett’ diikuti Pengurus Besar SEDC, Soedirman Aini di tempat kedua dan Datuk Chai Shiong Phian (tempat ketiga).

Timbalan Setiuasaha Kerajaan Negeri, Datu Misnu Taha pula memenangi kategori VIP ‘gross’ dengan mengalahkan Tan Sri Datuk Hamid Bugo di tempat kedua dan Menteri Muda Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis di tempat ketiga.

Hadiah disampaikan Pengerusi SEDC, Datuk Talip Zulpilip.

Menurut Talip, kejohanan itu merupakan salah satu landasan untuk mengumpul pemain-pemain golf tempatan.

“Sambutan amat baik untuk kejohanan kali ini yang berlangsung di lapangan golf memiliki pemandangan indah,” katanya.

Advertisement