Anda di sini

Program ‘Walk A Mile’ promosi gaya hidup sihat

Advertisement

Oleh Watt Zacchaeus //

SEDIA, MULA!: Alexander bersiap sedia untuk melepaskan para peserta program ‘Walk A Mile’ di Kanowit baru-baru ini.

PEJABAT Daerah Kanowit menganjurkan program ‘Walk A Mile’ di Pekan Kanowit, baru-baru ini.

Kira-kira 300 penduduk setempat terdiri daripada pelbagai lapisan umur, kakitangan jabatan dan agensi kerajaan di Kanowit menyertai program ini.

Ia dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Alexander Vincent.

Hadir sama ialah isteri Alexander Susan Clement, Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang, Setiausaha Politik Ketua Menteri Maurice Giri, Residen Bahagian Sibu Sim Kok Kee, Pegawai Daerah Kanowit Katis Noel Nyabong, Ketua Polis Daerah Kanowit

DSP Ismail Mahmood, Pegawai Penerangan Daerah Kanowit Wan Mohd Zuki Wan Ismail dan Pengarah Hospital Kanowit Dr Alex Kim Ren Jye.

Program ini satu platform yang baik bagi mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan penduduk setempat.

Ini penting bagi menggalakkan orang ramai meluangkan masa mereka untuk bersenam.

Luangkan selama 30 minit sehari bagi melakukan senaman kerana kerap melakukan senaman boleh mengurangkan tekanan.

Semasa program ‘Walk A Mile’ ini, para peserta turut berpeluang menjalani saringan kesihatan seperti paras gula dalam darah, tekanan darah dan indeks jisim badan.

Program ini bermula dengan senamrobik beramai-ramai sebelum diikuti acara berjalan kaki sejauh satu batu atau 10,000 langkah.

Aktiviti sampingan lain yang turut diadakan pada program ini ialah pemeriksaan kesihatan percuma, pameran kesihatan oleh pihak Hospital Kanowit dan cabutan tiket bertuah.

AYUH, BERSENAM!: Para peserta yang menyertai senamrobik beramai-ramai di Pekan Kanowit.

Advertisement