Anda di sini

200 peserta beraksi Triatlon Antarabangsa

Advertisement

MIRI: Lebih 200 peserta mengambil bahagian dalam Triatlon Antarabangsa Sarawak edisi Ke-16 berlangsung di Pantai Brighton, di sini bermula semalam.

Peserta merupakan peserta dari beberapa negara seperti Brunei, Filipina, Jepun, Australia, Austria, United Kingdom, Afrika Selatan, Singapura, Indonesia, Perancis, New Zealand serta beberapa negeri seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Presiden Persatuan Triatlon Sarawak (SATRIA), Datuk Azman Samaon berkata penyertaan tahun ini bagi kategori dualthlon iaitu berlari dan berbasikal meningkat seramai 59 peserta berbanding 24 peserta tahun lalu.

“Peningkatan ini membuktikan acara triatlon semakin dikenali dan mendapat tempat  kalangan penggemar acara itu,” katanya ditemui pada acara pelepasan peserta renang di Pantai Brighton, di sini semalam.

Sebanyak lima kategori utama dipertandingkan pada acara sukan lasak itu iaitu jarak olimpik, sprint triathlon, junior dualthon, lelaki berganti-ganti dan campuran berganti-ganti dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM57,380.

Bagi jarak Olimpik, ia merangkumi acara renang sejauh 1.5km, berbasikal 40km dan berlari 10km; sprint triathlon (renang 750m, berbasikal 20km dan berlari 5km); junior dualthlon (renang pantai 2km, berbasikal 10km dan berlari 2km) serta lelaki dan campuran berganti-ganti (renang 1.5km, berbasikal 40km dan berlari 10km).

Acara tersebut dianjurkan bersama SATRIA dan Kementerian Pembangunan Sosial (KPS).

Advertisement