Anda di sini

Badan Perhubungan UMNO Johor anjur konvensyen bulan depan

Advertisement

JOHOR BAHARU: Badan Perhubungan UMNO Johor akan menganjurkan satu konvensyen di bandar raya ini bulan depan yang akan membincangkan pelbagai isu termasuk politik, ekonomi dan pendidikan.

Pengerusinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata konvensyen pada 7 dan 8 Nov itu akan diadakan menerusi pembentangan kertas kerja dan perbahasan.

“Turut dibincangkan soal agama dan golongan muda. Hasil perbahasan menerusi konvensyen itu kelak akan dijadikan asas bagi perwakilan UMNO Johor untuk perbahasan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 25 hingga 29 Nov depan,” katanya.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor berkata demikian selepas mempengerusikan me- syuarat Badan Perhubungan UMNO Johor di sini semalam.

“Kita mengundang Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan konvensyen berkenaan. Bagaimanapun, kita sedang menunggu maklum balas mengenainya,” katanya.

Sementara itu, Moha-med Khaled berkata Johor merekodkan penerima-an pelaburan berjumlah RM18.6 bilion sejak Januari hingga Julai tahun ini.

Beliau berkata jumlah itu menunjukkan Johor terus rancak menerima pelaburan dari dalam dan luar negara berbanding keseluruhan pelaburan RM14.2 bilion yang diterima sepanjang tahun lepas.

Katanya sehubungan itu, kerajaan negeri akan meng-giatkan usaha menangani pelbagai cabaran yang timbul hasil kepesatan pembangunan di negeri ini terutamanya dalam penyediaan infra-struktur, peluang pekerjaan dan peluang ekonomi kepada masyarakat.

“Perkara ini merupakan antara yang dibincang dalam mesyuarat UMNO hari ini (semalam) kerana kita mengakui kepesatan ini juga akan menyebabkan kita memerlukan peningkatan dalam penyediaan keperluan kemudahan asas dan infrastruktur,” kata- nya. — Bernama

 

Advertisement