Anda di sini

300 guru, ketua sekolah dapat manfaat daripada ‘Edu-Tech Talk’

Advertisement

KUCHING: Pembentangan perisian teknologi multimedia baru-baru ini memberi impak positif kepada 300 guru dan ketua sekolah dalam me-ngukuhkan pengajaran dan pembelajaran.

Tenaga pengajar dari sekitar Kuching dan Kota Samarahan menyertai ‘Edu-Tech Talk’ di mana teknologi dan perisian terkini dirancang dan diatur untuk mengukuhkan pembelajaran di sekolah.

Ia disampaikan pensyarah Swinburne Universiti Tek-nologi Swinburne Kampus Sarawak.

Disampaikan menerusi perisian Augmented Reality, Virtual Realiti dan Motion Sensor, demonstrasi itu turut merangkumi iOS 8, iCloud, iBooks, iTunes U dan beberapa kandungan lain.

Teknologi itu membolehkan guru mengawal aktiviti kelas, mengambil kedatangan, merekod markah, mengendali pelajar atau buku laporan menerusi sentuhan jari.

Sementara itu, ‘Edu-Tech Talk’ dianjurkan bersama Swinburne Sarawak dan Majlis Pengetua Sarawak bagi memperkenalkan teknologi kreatif dan inovatif di sekolah.

Ceramah dikendalikan pensyarah rekaan multimedia universiti, John Hii dan Wilson Suai dari Fakulti Pernigaan dan Rekaan.

Hii dan Wilson merupakan antara Pelatih Pendidikan Apple bertauliah di Sarawak dan antara lima di Malaysia dilesenkan oleh Apple sebagai pendidik iPad dan komputer Mac.

Advertisement