KUCHING: Skuad bola sepak Sarawak membuat persiapan awal untuk menghadapi Sukan Persahabatan Kawasan Pertumbuhan Asia Tenggara Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) Ke-8 yang akan berlangsung di Wilayah Persekutuan Labuan dari 6 hingga 10 Disember depan.
Pengendalinya Pengiran Bala berkata, pihaknya telah mengenal pasti seramai 28 pemain yang kebanyakannya dipilih dari ketiga-tiga zon Program Pembangunan Bola Sepak Sarawak (SFDP).
“Pemain ini akan ditapis semula pada November nanti untuk mencari 18 pemain yang akan menggalas tugas di Labuan kelak,” katanya semalam sambil menambah latihan berpusat dijangka diadakan di Miri.
Pengiran yang diberi kepercayaan oleh Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) pada bulan lepas bagi membimbing skuad tersebut menambah, pihaknya menyasarkan kedudukan yang lebih baik pada kempen kali ini.
Katanya, prestasi pemain akan dipantau di mana mereka yang berpotensi akan dipanggil untuk menyertai skuad SUKMA 2016 nanti.
Sarawak hanya menyertai lapan dari 10 acara sukan yang dipertandingkan pada edisi kali ini.
Sukan berkenaan boling padang, tenpin boling, futsal, bola sepak, olahraga, pencak silat, memanah dan bola tampar pantai.
Manakala acara yang tidak disertai sepak takraw dan bola keranjang.
Kontinjen Sarawak juga akan menyertai acara golf jemputan.