Anda di sini

Lima sekolah sertai futsal antara sekolah rendah di Kapit

Advertisement

SIBU: Sebanyak lima sekolah rendah dari Zon Sungai Baleh menyertai Pertandingan Futsal Jemputan Antara Sekolah Rendah yang dianjurkan oleh SK Nanga Mujong, Sungai Mujong, Baleh di Stadium Tertutup Kapit baru-baru ini.

Sekolah-sekola itu ialah tuan rumah SK Nanga Mujong, SK Nanga Kain, SK Lepong Baleh 1, SK Lepong Baleh 2 dan SK Methodist.

Pengerusi jawatankuasa penganjur, Joseph Arthur berkata, pertandingan itu antara lain bertujuan memupuk minat terhadap sukan futsal dan mewujudkan semangat setiakawan dalam kalangan guru-guru sekolah luar bandar di Kapit.

“Ini merupakan kali pertama kami menganjurkan pertandingan futsal dan berharap dapat memupuk semangat setiakawan dan kerjasama dalam kalangan guru yang mengajar di luar bandar,” katanya.

Oleh kerana sambutannya sangat menggalakkan, beliau berkata, jawatankuasa penganjur merancang menjemput zon lain di Kapit untuk menyertai pertandingan pada masa depan.

Advertisement