Anda di sini

Lebih 100 bakal rebut golf Piala Pengerusi SEDC

Advertisement

KUCHING: Lebih 100 peserta bakal bersaing bagi merebut kejuaraan pada Kejohanan Golf Piala Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) yang akan diadakan pada Ahad, 19 Oktober ini di Damai Golf and Country Club (DGCC).

Pengarah Bahagian Pelancongan dan Riadah SEDC Edwin Abit mengumumkan pertandingan tersebut dalam kenyataan akhbar kelmarin.

Menurutnya, kejohanan itu diadakan sebagai tanda penghargaan dan mengeratkan hubungan antara ahli kelab, pelanggan, rakan, ahli gabungan dan pihak yang berkaitan dengan SEDC termasuk anak-anak syarikatnya.

Juara acara tahunan itu berpeluang membawa pulang Trofi Cabaran Golf Datuk Talib Zulpilip selain hadiah sampingan menarik termasuk baucar dan penginapan di hotel dan resort milik SEDC bernilai keseluruhan RM25,000.

Selain itu, hadiah lumayan turut disediakan bagi empat pemenang ‘ hole-in-one’ di lubang Par 3 bernilai keseluruhan RM12,000.

Dalam kategori terbuka dan jemputan, 10 hadiah telah disediakan bagi pemenang nett dan lima bagi gross.

Manakala enam hadiah nett dan tiga gross bakal menanti pemenang kategori VIP.

Pemenang kategori kakitangan dan syarikat di bawah naungan SEDC akan menerima baucar bernilai RM3,000.

Advertisement