Anda di sini

Lampard mempertahankan pengakuan ‘berani’ Sterling

Advertisement

LONDON, England: Frank Lampard mempertahankan Raheem Sterling Rabu lepas apabila berkata pemain sayap Liverpool itu bersikap ‘berani’ untuk mengakui berasa keletihan.

Sterling tidak diturunkan dalam kesebelasan utama bersama England pada perlawanan kelayakan Euro 2016 menentang Estonia Ahad lepas tetapi dimasukkan dalam separuh masa kedua dan mendapatkan satu tendangan percuma yang menghasilkan gol kemenangan tunggal perlawanan, dijaringkan oleh kapten pasukan, Wayne Rooney.

Bagaimanapun, keputusan jurulatih kebangsaan Roy Hodgson mendedahkan perbualannya dengan Sterling dan pengakuan sendiri oleh pemain itu membangkitkan banyak perdebatan dalam dunia bola sepak Inggeris.

Paling ketara ialah ada ramai pihak mula mempersoalkan tahap kecergasan Sterling dan juga komitmennya tetapi Lampard berkata mereka salah untuk mempersoalkan pemain berusia 19 tahun yang masih belum membina sepenuhnya kekuatan fizikal.

“Saya fikir beliau agak berani untuk berkata, ‘saya tidak berada di tahap terbaik ketika ini’,” kata bekas pemain tengah antarabangsa England itu, yang mengenali Sterling ketika kedua-dua pemain berada dalam skuad England di Piala Dunia 2014.

“Saya sebenarnya agak sedih, bukan kerana jurulatih tetapi kerana kesan selepas itu di mana ramai orang mula mengkritik Raheem Sterling – yang mungkin salah seorang dari dua atau tiga pemain terbaik di negara ini dan kita perlukan prestasi terbaiknya – untuk membuat keputusan berani ini.

“Saya fikir kita perlu terus menyokongnya. Sama ada benar atau tidak, saya tidak tahu tetapi kami hanya pemain biasa dan beliau telah membuat keputusannya.”

Apa pun, salah satu tuduhan yang dilemparkan ke atas Sterling, yang semakin membina reputasi di kelab dan England, ialah profesional yang dibayar gaji yang tinggi seharusnya mengekalkan tahap kecergasan tinggi mereka.

Bagaimanapun, Lampard berkata: “Saya tidak akan melibatkan wang. Ia mungkin mudah untuk berkata dan saya tidak suka apabila wang dikaitkan dengan segala-galanya seperti “beliau dibayar sejumlah ini dan beliau harus bertindak seperti ini. Ia banyak berlaku sebenarnya.

“Apa yang pasti, apabila ia tugas anda, apabila anda melakukannya sepanjang masa, anda harus membuat keputusan. Saya fikir Raheem membuat satu keputusan untuk perlawanan itu sahaja. Saya berharap beliau dapat bermain sehingga kali ke-100 dan berjaya bersama England.”

Apa pun, Lampard bersetuju dalam isu gaji terlalu mahal kepada pemain, tidak seperti Sterling, masih belum menjadi pemain penting dalam Liga Perdana. — AFP

Advertisement