Anda di sini

Unit Kokurikulum IPGKTAR anjur kursus jurulatih hoki

Advertisement

KOTA SAMARAHAN: Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) Samarahan dengan kerjasama Persatuan Hoki Malaysia menganjurkan Kursus Kejurulatihan Hoki Tahap 1 dari 10 hingga 14 Oktober lepas.

IPGKTAR merupakan antara 27 IPG di Malaysia yang tidak ketinggalan untuk menganjurkan kursus dalam bidang berkenaan dan IPGKTAR merupakan salah satu IPG sukan di negara ini.

Melalui kursus sedemikian diharapkan para guru pelatih dapat memanfaatkan ilmu yang telah diperolehi untuk menjayakan sukan tersebut pada masa akan datang.

Penyelaras kursus Joseph Sidemy Nyogia berkata, seramai 55 guru pelatih atau bakal guru mengambil bahagian dalam kursus pada kali ini.

“Kursus diadakan untuk melatih dan memberi pendedahan kepada guru pelatih yang berpotensi untuk menjadi jurulatih hoki yang berkesan dan bertauliah.

“Justeru, mereka juga memperolehi maklumat terkini dan mutakhir mengenai kejurulatihan hoki peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya melalui kenyataan, semalam.

Antara instruktur kursus yang akan membimbing peserta ialah R.Vivekanandan K.Ramiah dari Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kangot Awan (Persatuan Hoki Sarawak).

Objektif kursus ialah melatih dan mendedahkan pelajar atau bakal guru yang berpotensi untuk menjadi jurulatih hoki.

Selain itu, mempertingkatkan ilmu pengetahuan kejurulatihan melalui pengajaran dan pembelajaran dan membentuk sekumpulan jurulatih hoki yang bertauliah terdiri daripada pelajar atau bakal guru yang terlatih dan berkebolehan membangunkan sukan hoki di Sarawak.

Program juga untuk menambah baik dan memperkayakan lagi pengetahuan dan kemahiran pengadilan dan pengelolaan kursus seperti yang diperlukan dalam sukatan proforma PISMP(Satu Program Tambah Nilai).

Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh Joseph selaku wakil Pengarah IPGKTAR Samarahan.

Beliau menyeru peserta yang terlibat dalam kursus itu agar mempraktikkan ilmu yang diperolehi untuk memajukan sukan hoki di Sarawak khususnya IPGKTAR.

Advertisement