Anda di sini

Simun bukti keunggulan

Advertisement

UNGGUL: Anthony (barisan belakang kanan), Mohamand Simun dan Acung pada majlis penyampaian hadiah.

KUCHING: Pelumba Kelab Motocross Sarawak Mohamad Simun Sinong membuktikan kehebatan apabila berjaya merangkul tempat pertama kategori Motocross Eksekutif pada perlumbaan Kapolres Sanggau Cup – Kerjunas Grass Track Siri Ke-3 Wilayah IV Kalimantan 2014 di Kota Sanggau Kapuas, Kalimantan Barat, Indonesia pada 12 Oktober lalu.

Perlumbaan sengit di Sirkit Nirwana Balapati MX Sanggau, Kalimantan Barat itu turut menyaksikan rakan sepasukannya, Anthony Hatori Kimura menggondol tempat ketiga dalam kategori sama.

Manakala tempat kedua dirangkul oleh wakil Kalimantan Selatan, Acung Asep.

Sarawak Motocross Club menghantar seramai lapan pelumba untuk bersaing dalam kategori Motocross Prestasi, Motocross Expro dan Motocross Eksekutif setelah dijemput oleh Ikatan Motor Indonesia (IMI).

Rombongan pelumba dari Sarawak diketuai Presiden Kelab, William Sinos menerima tentangan sengit pelumba handalan setiap provinsi di Kalimantan bagi merebut kejuaraan Grass Track Nasional.

Menurut William, beliau amat berpuas hati dengan prestasi pelumba baharu Kelab Motocross Sarawak dan yakin perlumbaan tersebut memberi mereka pengalaman berguna kerana berpeluang berlumba bersama-sama pelumba handalan dari Kalimantan seperti Mahsuri O.I dan yang lain-lainnya.

Advertisement