Anda di sini

Selisih maut, kereta terbabas

Advertisement

REMUK: Kereta mangsa remuk teruk setelah terbabas dan terbalik dalam kemalangan berhampiran Rumah Sekaloh, Niah dekat Miri pagi semalam.

MIRI: Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta jenis Proton Gen2 dipandunya tiba-tiba terbabas sebelum terbalik dalam kemalangan di jalan kampung berhampiran Rumah Sekaloh, Niah dekat sini awal pagi semalam.

Mangsa bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan berlaku sekitar jam 6 pagi itu.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa memandu seorang diri melalui jalan kampung berkenaan yang dipenuhi batu-batu kecil.

Ketika melalui satu selekoh, mangsa yang dipercayai memandu laju hilang kawalan menyebabkan keretanya terbabas ke sebuah kawasan rumput berhampiran lalu terbalik.

Akibat kejadian itu, kereta mangsa remuk teruk.

Difahamkan ketika kejadian, persekitaran masih gelap menyebabkan mangsa tidak dapat melihat keadaan jalan dengan jelas.

 

Advertisement