Anda di sini

Penjara Sarawak rangkul tempat ketiga

Advertisement

TEMPAT KETIGA: Abdul Kadir (berdiri tujuh kiri) bersama anak-anak buahnya dengan hadiah kemenangan di Lapangan Terbang Limbang kelmarin.

LIMBANG: Pasukan sepak takraw Penjara Sarawak merangkul tempat ketiga pada Kejohanan Sepak Takraw Jabatan Penjara Malaysia 2014, di Sabah minggu lalu.

Pengurus pasukannya, Bismillah Abang Masra berkata selaku pasukan bukan pilihan kejayaan itu amat bermakna buat anak-anak buahnya selepas membenam juara bertahan, Kelantan dengan 2-1 pada pusingan suku akhir.

Pada kejohanan itu, Melaka dinobatkan juara diikuti Selangor muncul naib juara.

Selaku pemenang tempat ketiga, Penjara Sarawak membawa pulang piala dan wang tunai RM840.

Sementara itu, Pengarah Penjara Negeri Abdul Kadir Rais gembira dengan pencapaian membanggakan pasukannya pada kejohanan itu.

Katanya, pasukan Penjara Sarawak harus mengekalkan prestasi dan kejayaan itu untuk melangkah lebih jauh pada musim akan datang.

“Kemenangan itu harus dijadikan azimat meningkatkan latihan, fokus dan komitmen berterusan sebagai persediaan merangkul mahkota kejuaraan pada musim depan,” katanya.

Abdul Kadir juga menyifatkan kemenangan itu satu kejutan dan motivasi kepada pasukannya kerana Sarawak mempunyai masa latihan yang singkat sebelum menyertai kejohanan itu.

Turut sama Penolong Pengurus Pasukan, Azmi Mahat.

Sebanyak 12 pasukan seluruh Jabatan Penjara Malaysia menyertai kejohanan itu.

Advertisement