Anda di sini

Jenazah bapa MB Perak selamat disemadikan

Advertisement

PANGKOR: Jenazah Abdul Kadir Muhammad, bapa Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang meninggal dunia akibat sera-ngan jantung selamat dise-madikan.

Jenazah Allahyarham Abdul Kadir, 73, dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kampung Teluk Raja Bayang pada kira-kira jam 2.50 petang.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menziarahi jenazah.

Turut hadir exco kerajaan negeri, anggota Dewan Undangan Negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.

Allahyarham yang meng-hidap penyakit kencing manis dan darah tinggi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Desa Pangkor pada jam 1.10 pagi semalam.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Pak Karim meninggalkan tujuh anak termasuk Zambry. — Bernama

 

Advertisement