Anda di sini

Penjaga premis perjudian siber dicekup

Advertisement

SERBU: Anggota polis merampas beberapa komputer dalam Ops Dadu di Jalan Buangsiul, Limbang malam kelmarin.

LIMBANG: Seorang lelaki dipercayai penjaga premis perjudian siber dicekup sepasukan polis dalam Ops Dadu di sebuah bangunan, Jalan Buangsiul di sini malam kelmarin.

Dalam operasi jam 9.03 malam itu, lelaki berbangsa Cina berusia 42 tahun ditahan dan lima unit komputer serta perkakas yang mengandungi perisian judi siber dirampas.

Pada operasi sama wang tunai RM89 yang digunakan untuk aktiviti haram itu turut dirampas.

Operasi dijalankan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) diketuai Inspektor Kantharuban Rajoo.

Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Advertisement