Anda di sini

Laporan Sukan Asia didedah minggu ini

Advertisement

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata laporan mengenai prestasi kontinjen negara pada Sukan Asia 2014 di Korea Selatan akan diumumkan minggu ini.

Beliau berkata laporan itu kini diperingkat akhir sebelum diumumkan kepada media dan orang ramai.

“Laporannya telah diserahkan kepada saya dan saya perlu membetulkan beberapa isu sebelum pengumuman dibuat minggu ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan acara sukan Laureus Sports for Good Summit selama tiga hari yang bermula di sini semalam.

Kontinjen negara yang diketuai Datuk Danyal Balagopal Abdullah menerima kritikan hebat kerana hanya membawa pulang lima pingat emas, 14 perak dan 14 gangsa, tidak mencapai sasaran lapan emas yang ditetapkan.

Pencapaian Malaysia turut tercemar apabila Majlis Olimpik Asia menarik balik sebutir pingat emas yang dimenangi atlet wusyu wanita kerana dikatakan gagal ujian doping. — Bernama

Advertisement