Anda di sini

88 pemain bersaing Tenis Junior ITF hari ini

Advertisement

KUCHING: Kejohanan Tenis Junior ITF Piala Ketua Menteri Sarawak Ke-24 (II) menyaksikan penyertaan 88 pemain merangkumi 40 wanita di Pusat Tenis Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) bermula hari ini.

Mereka terdiri pemain dari Australia, China, Chinese Taipei, Denmark, Perancis, Great Britain, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Malaysia, Moldova, Filipina, Portugal, Singapura, Sweden, Afrika Selatan, Switzerland, Thailand, Ukraine, Uzbekistan, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Kejohanan kali ini memperlihat Djurabeck Karimov dari Uzbekistan selaku pilhan utama perseorangan lelaki.

Pemain yang berada pada ranking ke-113 ITF beberapa kali bermain di negeri ini termasuk Asian 14 and Under Series.

Selain itu, pemain yang turut menjadi pilihan perseorangan lelaki merupakan Francois Kellerman (ranking ke-154 ITF) dari Afrika Selatan dan Garvit Batra (ranking ke-190 ITF) dari India.

Malaysia pula mempertaruh pemain seperti Koay Hao Seng ranking ke-1,155 ITF dan Tan Zu Zinyang, selain pemain tempatan Sarawak, Rohizat Achop Borhan dan Muhamad Aiman Hamdan.

Kategori wanita menyaksikan Tessah Andrianjafitrimo dari Perancis berada pada ranking ke-100 ITF selaku pemain pilihan.

Nurin Nabilah Roslan dan Nurul Amirah Ahmad Zamzury pula mewakili Malaysia.

Kejohanan tersebut merupakan yang terakhir dalam kalendar SLTA.

Advertisement