Anda di sini

Kos naik taraf SK Koran RM10 juta

Advertisement

Oleh Henrietta Liza //

SELAMAT DATANG: Riot (tengah) bersalaman dengan penduduk dan murid-murid SK Koran.

SEJAK zaman konfrontasi pada tahun 1959 sekolah pondok SK Koran telah banyak menabur jasa memberi pendidikan kepada kanak-kanak di tujuh buah kampung di sekitar Koran, Serian.

Kerja menaik taraf bangunan di SK Koran yang sudah uzur dimakan anai-anai dengan bumbung yang bocor mewujudkan ketidakselesaan di kalangan pelajarnya menelan belanja RM10 juta.

Ahli Parlimen Serian Datuk Sri Richard Riot Jaem menyerahkan peruntukan berjumlah lebih kurang RM10 juta itu baru-baru ini dalam usaha membantu anak kampung mendapat kemudahan pendidikan yang sempurna dan selesa.

Beliau sebelum itu turut menyerahkan peruntukan menaik taraf beberapa buah sekolah antaranya SK Lobang Batu, SK Sungai Menyan, SK Tebedu, SK Tanah Putih yang juga di dalam daerah Serian.

Dalam ucapannya, beliau mahu dengan adanya prasarana baharu yang diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat sekitar.

Beliau turut berharap agar rakyat sentiasa menyokong kerajaan BN yang sentiasa prihatin dengan kebajikan rakyat.

Kata Riot, prejudis pembangkang berbaur perkauman dan khianat usah didengar demi pembangunan yang lebih mapan untuk rakyat di Serian.

Sekolah berkenaan adalah antara sekolah terbaik dan menghasilkan keputusan cemerlang pelajar di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) setiap tahun.

Bangunan baharu SK Koran mempunyai prasarana lengkap sebuah sekolah dengan 31 tenaga pengajar, lapan staf sokongan dan 381 orang murid prasekolah sehingga tahun 6.

Pada majlis yang sama beliau ditemani Setiausaha Politik di Pejabat Perdana Menteri Kementerian Sumber Manusia Mejar (b) Peter Runin, Pemanca Bidayuh Serian Henry Bujang Sadok, Yang di-Pertua PIBG SK Koran Biyos Gumar dan Guru Besar SK Koran Cosmas Andrew Luak.

Para jemputan diraikan dengan majlis tarian dan persembahan oleh kanak-kanak selain kumpulan kugiran yang membuat persembahan.

RASMI: Riot memalu gong ketika merasmikan majlis di SK Koran baru-b aru ini.

Advertisement