Anda di sini

Banyak kelab masih belum berdaftar

Advertisement

KUCHING: Tidak mengetahui tentang kewujudan Persatuan Muaythai Sarawak (PMS) menyebabkan banyak kelab muaythai di negeri ini masih belum berdaftar dengan persatuan tersebut.

Presiden PMS Jumaat Ibrahim berkata, pendaftaran dengan persatuan akan memberi banyak faedah dan manfaat kepada kelab.

Berdaftar dengan PMS menurutnya akan membolehkan kelab muaythai diberi panduan dan tunjuk ajar bagi mencapai sasaran masing-masing.

“Kita berharap semua kelab muaythai merdaftar dengan PMS atau ahl i gabungan kita.

“Ini untuk memastikan muaythai di Sarawak berada pada standard tinggi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Setakat ini jelasnya, kebanyakan kelab yang berdaftar berpangkalan di Kuching, Miri dan Bintulu.

“Mungkin kelab di bahagian lain di negeri ini masih belum mengetahui tentang kewujudan PMS,” ujarnya.

Beliau menambah, PMS juga tidak menetapkan sebarang tempoh pendaftaran bagi kelab muaythai.

“Sekarang kita masih dalam peringkat mempromosi persatuan. Jadi kita memberi masa kepada mereka untuk mendaftar,” jelasnya.

PMS katanya percaya pendaftaran kelab akan dapat membantu membangunkan sukan muaythai di Sarawak.

Sementara itu, PMS akan menganjurkan kejohanan muaythai pada 25 Oktober ini bersempena Festival Sematan.

Presiden Persatuan Muaythai Malaysia Datuk Muhammad Shahnaz Azmi dijangka hadir.

Advertisement