Anda di sini

Program Hari Keluarga RTM Sibu dapat sambutan

Advertisement

MERIAH: Suasana sambutan Hari Keluarga RTM Sibu di Pantai Belawai.

MENCUIT HATI: Gelagat anak kakitangan RTM Sibu yang mengambil bahagian dalam aktiviti sukaneka.

 

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) Sibu telah menganjurkan program Hari Keluarga di Pantai Belawai, baru-baru ini.

Seramai 70  kakitangan RTM Sibu termasuk ahli keluarga masing-masing menyertai program tersebut. Program berlangsung dalam suasana penuh ceria itu bertujuan mengerat silaturahim dalam kalangan kakitangan RTM Sibu dan ahli keluarga.

Sepanjang penganjuran program, pelbagai aktiviti menarik  diadakan termasuk acara sukaneka dan kem. Mereka turut mengadakan lawatan ke Pusat Tenunan Kain Songket Rajang dan Pusat Pemprosesan Ikan di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Manis.

Turut hadir ialah Pengurus Penyiaran RTM Sibu, Albert Mentri Tudin.

Advertisement