Anda di sini

Lagenda bina badan Bujang Taha meninggal dunia

Advertisement

KUCHING: Bekas jaguh Mr Asia, Bujang Taha, 77, telah disahkan meninggal dunia akibat komplikasi daripada barah mulut dan paru-paru.Menurut menantu beliau Suzana Ibrahim, bapa mertuanya telah dimasukkan ke Wad Perubatan Tingkat 8, Hospital Umum Sarawak awal minggu lepas kerana serangan lelah.

“Waktu kematian adalah 10.47 malam (Ahad).

“Kami sekeluarga redha dengan pemergian beliau. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumahnya di 107, Kampung Tanjong di Petra Jaya malam ini juga (Ahad),” Suzana memberitahu Utusan Borneo melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Bujang merupakan antara perintis bina badan Sarawak di mana pada era kegemilangannya, beliau telah merangkul kejuaraan Asia sebanyak dua kali – pada 1980 dan 1981.

Berita mengenai beliau dimasukkan ke hospital mendapat liputan luas di laman sosial Facebook, di mana ramai tokoh dan peminat sukan tersebut mendoakan agar beliau segera sembuh. Antaranya ialah jaguh Heavyweight Asia enam-kali Datuk Malek Noor, yang dijangka melawat Bujang pada hari Isnin.

Menurut Suzana, kesemua ahli keluarga dan rakan terdekat sudah dimaklumkan akan pemergian Allahyarham.

Advertisement