Anda di sini

Kerajaan serius perbaiki prestasi sukan merosot

Advertisement

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menunjukkan keseriusannya untuk memperbaiki pencapaian sukan negara yang semakin merosot terutamanya sukan-sukan teras kejohanan peringkat dunia.

Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Ahmad Khawari Mohd Isa berkata peruntukan RM103 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan bajet 2015 mampu melonjakkan mutu sukan negara.

“Selain mampu melonjakkan program peringkat asas seperti pengenalpastian bakat daripada kalangan pelajar sekolah, peruntukan untuk enam sukan utama juga penting bagi memperbaiki pencapaian di peringkat tertinggi.

“Pemilihan sukan seperti, badminton, berbasikal dan akuatik memang bertepatan ketika pada tahun depan merupakan tempoh penting bagi atlet melepasi kelayakan untuk Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ahmad Khawari berkata tiga lagi sukan seperti bola sepak, sepak takraw dan olahraga memiliki sentuhan sentimental dengan peminat sukan negara. — Bernama

Advertisement