Anda di sini

Batu Wong FC ungguli bola sepak 9-sebelah

Advertisement

KANOWIT: Pasukan Batu Wong FC mengungguli aksi bola sepak terbuka 9-sebelah sempena Pesta Sukaneka Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Nanga Jih di sini.

Naib juara dimenangi pasukan Orange FC manakala Aus Sukun FC dan AKSM City masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

Juara membawa pulang hadiah RM200 serta piala iringan dan medal, manakala naib juara menerima RM150 serta piala iringan dan medal.

Tempat ketiga membawa pulang RM100 serta piala iringan dan medal sementara keempat menerima RM50 hadiah sagu hati.

Sebanyak 22 pasukan sekitar daerah ini dan kawasan  berdekatan mengambil bahagian pada pertandingan menggunakan sistem ‘kalah mati’.

Pertandingan selama dua hari itu berjalan lancar serta penuh semangat kesukanan pasukan-pasukan terlibat.

Hadiah disampaikan bersama Yang Dipertua PIBG SK Nanga Jih, Solomon Jilin dan Guru Besarnya, Jabut Minda.

Advertisement