Anda di sini

Hari keluarga SMK Kampung Nangka meriah

Advertisement

MERIAH: Dewan Alamas SMK Kampung Nangka dipenuhi para tetamu yang memeriahkan suasana.

MENGHIBURKAN: Persembahan daripada pelajar SMK Kampung Nangka.

BERGAYA: Para pelajar mengenakan pelbagai jenis pakaian moden dan tradisional. (Gambar bawah)

TERHIBUR: Fadzli (kanan) dan Musa (dua kanan) khusyuk menonton persembahan para pelajar SMK Kampung Nangka.

 

 

 

Oleh Borhaniza Ali Basah //

KEMERIAHAN sambutan hari keluarga SMK Kampung Nangka di Sibu baru-baru ini sudah pasti akan menjadi kenangan terindah buat tetamu majlis tersebut.

Majlis yang dihadiri hampir 500 orang daripada kalangan ibu bapa, guru dan pelajar itu kelihatan begitu meriah dan penuh warna-warni dek kerana penampilan anggun para tetamu yang mengenakan pelbagai jenis pakaian tradisional masing-masing.

Dalam ucapan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan GuruFadzli Kipali, beliau menyeru para ibu bapa dan guru berganding bahu membangunkan sekolah serta akhlak anak-anak ke arah yang lebih baik dan terpuji.

Hari keluarga ini merupakan salah satu acara tahunan SMK Kampung Nangka yang menjadi penghubung kepada para ibu bapa, guru dan pihak PIBG untuk mengukuhkan jalinan silaturahim.

Kemeriahan semakin dirasai apabila pelbagai acara diadakan bagi menghiburkan hati para tetamu seperti persembahan nyanyian, cabutan bertuah, pertandingan pakaian tercantik dan bermacam-macam lagi.

Walaupun diadakan secara sederhana, kepuasan dan kegembiraan jelas terpancar di setiap wajah tetamu yang hadir selain terhibur dengan telatah Cikgu Ismadi yang mengacara majlis tersebut.

Pelbagai hidangan yang menyelerakan disaji untuk santapan para tetamu sambil dihiburkan dengan persembahan para pelajar.

Antara tetamu yang hadir ialah Pengetua SMK Kampung Nangka  Hasmah Pauzie, Timbalan Pengerusi PIBG Sharifah Faridah Wan Hamid dan Exco PIBG Musa Ramli.

Advertisement