Anda di sini

Kampung Bahagia Jaya Teku korbankan tiga ekor lembu

Advertisement

Oleh Borhaniza Ali Basah

KORBAN: KRT Kampung Bahagia Jaya bersedia untuk melakukan ibadah korban.

SAMBUTAN Hari Raya Korban atau Aidiladha turut mengambil tempat di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Bahagia Jaya Teku di Sibu, Ahad lepas.

Sebanyak tiga ekor lembu dikorbankan hasil perkongsian 21 orang individu untuk korban akikah Aidiladha pada tahun ini.

Menurut pengerusi penyelaras korban KRT Kampung Bahagia Jaya, daging korban akan diagihkan kepada mereka yang tidak berkemampuan, ahli-ahli yang terlibat dengan majlis korban dan penduduk kampung tersebut.

Ibadah korban KRT Kampung Bahagia Jaya pada tahun ini merupakan kali kedua dan akan diteruskan untuk tahun-tahun akan datang jika mendapat sambutan daripada penduduk.

Sepanjang majlis berlangsung, penduduk Kampung Bahagia Jaya Teku dari pelbagai peringkat umur bekerjasama menyempurnakan ibadah tersebut.

BERSATU PADU: Inilah antara barisan KRT Kampung Bahagia Jaya Teku yang sentiasa bersatu dalam menjalankan apa sahaja aktiviti KRT mereka.

MASIH SEGAR: Salah seorang warga KRT menunjukkan daging korban yang masih segar.

 

Advertisement