Anda di sini

Cino Pasar Bungin muncul juara futsal tertutup Saribas

Advertisement

JUARA: Razi (berdiri tengah) merakam kenangan bersama sebahagian daripada pasukan-pasukan yang bertanding pada Kejohanan Futsal Tertutup Saribas 2014.

DEBAK: Tampil sebagai pasukan bukan pilihan, Cino Pasar Bungin muncul juara Kejohanan Futsal Tertutup Saribas 2014 setelah berjaya mengetepikan 18 pasukan lain.

Cino Pasar Bungin menewaskan Lego City dari Kampung Serembang dengan kemenangan bergaya 3-2 pada perlawanan akhir di Gelanggang 1Malaysia Debak, di sini kelmarin.

Kejayaan itu membolehkan pasukan terbabit membawa pulang hadiah wang tunai RM500 serta piala iringan dan pingat.

Lego City selaku naib juara menerima hadiah wang tunai RM300 serta piala iringan dan pingat.

Sementara itu, pasukan Laser Light Debak merupakan penyandang juara tahun lalu dan Kabalela Sebemban menduduki tempat ketiga bersama setelah masing-masing tewas pada separuh akhir dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM150.

Kejohanan anjuran bersama Laser Light Crew, JKKK Bungey Hulu dan KRT Bungey Hulu berlangsung selama tiga hari dengan menerima penyertaan yang amat menggalakkan.

Sebanyak 18 pasukan dari sekitar kawasan Saribas seperti Bungin, Serembang, Tuie, Dit, Mangut, Supa dan Debak.

Pengerusi pengelola, Saiful Hanizam Suhaini berkata meskipun kejohanan dianjurkan tertutup untuk belia DUN Saribas sahaja namun penyertaan kalangan belia di sini begitu menggalakkan.

“Apapun, kejayaan pada penganjuran kali ini menampakkan perubahan senario sukan futsal di sini apabila peningkatan bilangan penyertaan pasukan sekaligus memupuk minat belia-belia menceburi sukan futsal.

“Penganjuran akan datang kita merancang membuka penyertaan pasukan luar dan mengharapkan lebih banyak penyertaan jaguh-jaguh pasukan futsal di negeri ini,” katanya.

Hadiah pemenang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohamad Razi Sitam.

 

Advertisement