Anda di sini

Liga Belia B19 diwujudkan tahun depan

Advertisement

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan memperkenalkan Liga Belia bagi pasukan bawah 19 tahun mulai tahun depan dalam usaha mempertingkat mutu bola sepak negara.

Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah persatuan negeri perlu memandang serius liga itu dalam usaha melahirkan pemain muda negara.

“Kejohanan tersebut diwujudkan dalam peringkat kebangsaan, ini adalah satu mandatori bagi saya kerana kita perlukan satu liga di peringkat ini.

“Ini adalah amaran awal kepada semua persatuan negeri dan saya harap tiada alasan duit… kenalah cari dan usaha. Ini adalah satu bentuk pelaburan untuk bola sepak,” titahnya baginda kepada pemberita di sini, semalam.

Sementara itu, jurulatih Harimau Muda A Datuk Ong Kim Swee menyifatkan langkah itu sebagai tepat kerana kejayaan skuad negara masa depan bergantung kepada barisan pelapis.

“Ini adalah langkah yang cukup positif kerana dianjurkan oleh FAM, selepas ini pihak persatuan negeri juga perlu mengambil inisiatif untuk menganjurkan kejohanan bawah 19 dan 16 tahun,” katanya. — Bernama

Advertisement