Anda di sini

Falcao suarakan minat untuk lanjutkan kontrak bersama Manchester United

Advertisement

LONDON, England: Penyerang Colombia Radamel Falcao semalam menyuarakan keinginan untuk terus kekal di Manchester United selepas kontraknya sebagai pemain pinjaman tamat selepas dia menjaringkan golnya yang pertama bagi kelab ketika menentang Everton.

Pemain berusia 28 tahun itu menjaringkan gol kemenangan dari jarak dekat dalam kemenangan 2-1 United dalam Liga Perdana Inggeris pada Ahad lalu – golnya yang pertama sejak dia menandatangani kontrak sebagai pemain pinjaman sepanjang musim dari Monaco.

United dilaporkan perlu membayar sekitar 43 juta pound (RM215 juta) pada tahun depan untuk menetapkan perpindahan itu tetapi Falcao berkata dia sudah ada rancangan bagi pembabitan jangka panjang di Old Trafford.

“Saya dan keluarga saya gembira di sini dan kami ingin tinggal selama bertahun-tahun di Manchester United,” kata Falcao kepada saluran televisyen dalaman kelab MUTV.

Jaringan Falcao, selepas gol pembukaan Angel di Maria pada babak pertama diikat oleh Steven Naismith, membawa United ke dalam kelompok empat teratas buat pertama kali pada musim ini.

Dia turut memaparkan sebuah gambar dalam akaun Instagramnya yang menunjukkan dia berposing dengan rakan-rakan sepasukan di dalam bilik persalinan United, diiringi kapsyen: “Sangat gembira dengan kemenangan dan gol pertama saya di @manchesterunited.”

Advertisement