Anda di sini

Pasukan wanita JTS Betong ungguli Safari Rakit Layar-Nanga Spak 2014

Advertisement

BETONG: Pasukan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Betong berjaya membuktikan kehebatan mereka apabila muncul juara kategori wanita acara Safari Rakit Layar-Nanga Spak 2014 di sini.

Safari itu adalah kelolaan bersama JTS Betong dan beberapa jabatan kerajaan lain.

“Selain penyertaan dan aktiviti riadah, penyertaannya adalah bagi mengerat dan merapatkan hubungan persaudaraan kalangan kakitangan JTS dan orang ramai.

Pada tahun ini, sebanyak 21 buah pasukan mengambil bahagian dalam Safari Rakit Layar-Nanga Spak 2014 bermula di SK St John, Nanga Tiga, Betong dan berakhir di Nanga Spak, Betong dengan jarak sejauh 20 kilometer.

Dalam kategori wanita, pasukan LANDAS Wanita dinobatkan juara dengan membawa pulang wang tunai RM2,000 dan sebuah piala.

Sementara kategori lelaki pula dimenangi pasukan Chak Kopi Cap Kunci, satu-satunya pasukan dari Sri Aman.

Upacara perlepasan disempurnakan oleh Pegawai Daerah Betong Friday Belik dan penamat acara disempurnakan Penguasa Tanah dan Survei Betong, Anthony Aboi.

Advertisement