Anda di sini

80 pelajar sertai kejohanan wushu

Advertisement

KUCHING: Seramai 80 pelajar dari dua sekolah menengah dan lima sekolah rendah menyertai Kejohanan Wushu Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Bahagian Sarikei di SMK Bandar Sarikei.

Pengerusi penganjur, Lyde Lait berkata sekolah menengah terlibat SMK Bandar Sarikei dan SMK St Anthony manakala sekolah rendah ialah SJK Kwang Chien, SJK Su Lee, SJK St Anne, SK Methodist Anglo Chinese dan SJK Su Ming.

“Kejohanan itu dianjurkan Kelab Wushu Jeluting Sarikei dan acara serta kategori dipertandingkan merangkumi basic, foundation, changquan, nanquan, daoshu, jianshu, gunshu dan qiangshu,” kata Lyde.

Menurutnya, kejohanan itu bagi mencungkil bakat-bakat baharu diketengahkan pada SUKMA 2016 akan datang.

“Kejohanan ini juga untuk memilih atlet mewakili Sarawak pada kejohanan wushu Kementerian Pendidikan dan mewakili Sarikei ke Kejohanan Wushu Sarikei bulan depan,” ujarnya.

Kejohanan ini dijadikan sebagai landasan untuk atlet- atlet pelbagai sekolah menunjukkan bakat masing-masing.

Advertisement