Anda di sini

Pertemuan emosional di White Hart Lane berlangsung malam ini

Advertisement

LONDON, England: Pengu­rus Tottenham Hotspur Mau­ricio Pochettino menegaskan dia tidak cemburu dengan permulaan Southampton yang mengagumkan pada musim ini ketika dia bersiap sedia untuk pertemuan semula yang emo­sional dengan kelab lamanya pada malam ini (Ahad).

Ketika Pochettino mening­galkan St Mary’s untuk men­gurus Tottenham pada musim cuti lepas, pengurus dari Argentina itu seakan-akan telah membuat keputusan yang bijak setelah beberapa pemain bintang kemudian dijual semasa tempoh yang trauma bagi pasukan pantai selatan itu.

Mengambil kira kekuatan kewangan dan sejarah gemi­lang Tottenham jika diband­ingkan dengan Southampton, ia mungkin masih ternyata langkah yang tepat dalam jangka panjang.

Namun penggantinya di kelab The Saints Ronald Koeman pula yang menikmati permulaan yang lebih baik kepada kempen Liga Perdana, dan jurulatih Belanda itu dan pasukan memulakan hujung minggu di tempat kedua dalam carta liga sedangkan Tottenham ketinggalan lima mata di belakang di tempat kelapan.

Koeman, bekas bintang Barcelona, tidak menghirau­kan huru-hara yang men­gancam untuk menyelubungi St Mary’s apabila pemain-pemain penting Luke Shaw, Rickie Lambert, Adam Lal­lana, Dejan Lovren dan Calum Chambers berpindah dan Southampton merupakan pakej kejutan dalam liga utama dengan enam ke­menangan berturut-turut dalam semua pertandin­gan.

Sebaliknya pasukan Po­chettino terlalu tidak kon­sisten bagi pengurus baharu mereka, dan satu kemenan­gan dalam tujuh perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan menimbulkan beberapa persoalan yang jang­gal bagi pengurus dari Ar­gentina itu yang pasti amat m e n y ­edari pengerusi Spurs Daniel Levy memiliki reputasi kerana begitu cepat memecat juru­latih yang dia anggap gagal mencapai tahap sebenar.

Dengan latar-belakang tersebut Pochettino boleh dimaafkan jika dia merasa sedikit marah bila ditanya bagaimana dia rasa mengenai permulaan cemerlang South­ampton dan prospek untuk menentang pasukan lamanya buat pertama kali.

Namun, dalam usaha untuk mengelak sebarang motivasi tambahan bagi para pemain Southampton, Pochettino – yang membimbing kelab untuk menduduki tempat terbaik dalam sejarah mereka dalam Liga Perdana pada musim lepas – berkata: “Ini adalah bola sepak. Apabila mereka bermula dengan pro­jek baharu serta pemain dan kakitangan baharu, kenapa tidak?

“Dalam bola sepak, perkara paling penting adalah ke­percayaan dan Southampton seperti sebuah kelab memiliki tenaga yang hebat, kuasa dan mereka percaya dan ini adalah penting. Saya gembira.

“Kami ada ramai kawan, ra­mai orang yang saya sayangi di Southampton. Saya gembira di atas permulaan mereka dalam liga bagi para pemain, orang dari kelab. Saya ada memori yang sangat bagus.”

Pochettino, yang tidak pernah melatih di England sebelum menyertai South­ampton, berkata dia rasa emo­sional apabila dia memikirkan semula pembabitannya yang berjaya di St Mary’s.

Namun dia mengakui penyokong kelab laman­ya mungkin tidak begitu memaafkan keputusannya untuk meninggalkan kelab.

“Saya tidak tahu sama ada penyokong menyayangi saya atau tidak. Saya menyayangi Southampton. Saya menyay­angi ramai orang,” kata Po­chettino.

“Tempoh setahun setengah itu merupakan tempoh yang menakjubkan dan saya pergi, tetapi ini adalah perkara lain. Saya ada memori yang menakjubkan dari Southampton.

“ S a y a g emb i r a Southampton sedang menikmati musim yang hebat dan ia adalah perlawanan yang kami perlu me­nangi dengan tiga mata.

“Kami perlu ber­tarung dengan South­ampton pada Ahad ini, tetapi ia adalah emo­sional. Bola sepak adalah emosional dan Ahad adalah emosional bagi kami juga.” — AFP

Advertisement