Anda di sini

Pemain Everton pastinya keletihan

Advertisement

Van Gaal cuba rebut peluang keemasan untuk mengutip tiga mata penuh

MANCHESTER, United King­dom: Louis van Gaal percaya peluang untuk menambah masalah Manchester United pada malam ini akan me­l e b i h i sebarang keletihan yang dira­sai para pemain Ever­ton se­lepas pem­babitan mereka yang meleti­hkan di Eropah.

Pasukan Roberto Mar­tinez kembali beraksi dalam tempoh tidak sampai 72 jam selepas perjalanan pulang yang jauh ekoran keputusan seri 1-1 di kelab Rusia, Krasn­odar, dalam Liga Europa pada Khamis lepas.

United hanya memenangi dua sahaja perlawanan mereka setakat ini dalam Liga Perdana pada musim ini dan memu­lakan hujung minggu ini dua mata sahaja di atas Everton.

Kelab Merseyside itu juga telah mengalami permulaan yang sukar tetapi pada um­umnya menaikkan permainan mereka bila menentang kelab lebih besar dan menewaskan United dalam kedua-dua pertemuan mereka dalam Liga Perdana pada musim lepas.

Van Gaal kagum dengan Everton dan percaya peluang untuk mencatatkan kemenan­gan kedua-dua berturut di United akan membantu me­madamkan sebarang keletihan di kalangan skuad Martinez di Old Trafford.

“Keputusan perlawanan ini sangat penting tetapi juga bagaimana anda terbang, bagaimana anda mengurus­nya sebagai satu kumpulan, sebagai pemain individu, jadi ia sangat sukar untuk menjelaskan apa yang boleh berlaku,” kata Van Gaal.

“Ia adalah lojik untuk men­yatakan kita mungkin ada faedah daripadanya tetapi motivasi untuk bermain di Old Trafford menentang Manchester United mungkin jauh lebih penting berbanding penerbangan.

“Saya perlu menyatakan saya suka Everton kerana mereka mahu bermain bola sepak seperti saya mahu bermain bola sepak. Ia pasti perlawanan yang sangat me­narik.

“Saya tahu Manchester United tewas kepada mereka sebanyak dua kali pada tahun lepas, jadi mereka adalah pasukan lawan yang sukar.”

Van Gaal mengesahkan pemain muda Paddy McNair akan sekali lagi bermula di bahagian tengah pertahanan di Old Trafford.

Pemain pertahanan ten­gah berusia 19 tahun dari Ireland Utara itu melakukan penampilannya yang julung kali dalam kemenangan 2-1 ke atas West Ham pada hujung minggu lepas dan akan sekali lagi diturunkan kerana tiga pemain pertahanan tengah lain Phil Jones, Jonny Evans dan Chris Smalling tidak dapat bermain akibat kecederaan.

Wayne Rooney digantung perlawanan dan van Gaal telah membayangkan Juan Mata akan bermain dalam ruang di belakang Radamel Falcao dan Robin van Persie tetapi enggan memberitahu siapa yang akan menggantikan penyerang England itu sebagai kapten.

Pemain tengah Sepanyol Ander Herrera tidak dapat bermain kerana cedera tulang rusuk ketika menentang West Ham manakala Marouane Fellaini mungkin terpaksa berpuas hati dengan tempat di bangku pemain simpanan selepas cedera buku lali dan Michael Carrick serta Ash­ley Young juga tidak dapat bermain.

Martinez berharap pemain pertahanan Seamus Coleman dan pemain tengah James Mc­Carthy masing-masing pulih daripada masalah-masalah hamstring dan paha untuk dapat bermain.

Pemain sayap Afrika Sela­tan Steven Pienaar mungkin sudah pulih dari masalah pangkal paha manakala Ross Barkley dan Kevin Mirallas tidak dapat bermain.

Seperti van Gaal, Mar­tinez menegaskan bermain begitu cepat selepas bermain dalam Liga Europa tidak akan menjadi masalah bagi pasukannya tetapi dia mera­sakan sepak mula pada jam 1100GMT adalah menjeng­kelkan. — AFP

 

Advertisement