Anda di sini

Fabregas jadi tumpuan utama penonton

Advertisement

LONDON, England: Semua tumpuan akan diberikan kepada Cesc Fabregas dalam Liga Perdana Inggeris pada malam ini apabila dia bermain dalam perlawanannya yang pertama menentang kelab lamanya Arsenal dalam warna pasukan baharu Chelsea.

Fabregas bermain selama lapan tahun bersama Arsenal, termasuk tiga tahun sebagai kapten, tetapi apabila dia kembali ke England dari Bar­celona pada Jun, dia turun di Stamford Bridge dan bukan di Stadium Emirates.

Pemain berusia 27 tahun itu serta-merta menjadi pemain sensasi di Chelsea, dengan memberikan tujuh bantuan dalam lapan perlawanan, tetapi pengurus Arsenal Arsene Wenger berkata dia tidak menyesal kerana tidak menggunakan pilihan untuk membawa pemain tengah itu kembali ke kelabnya.

Ditanya sama ada dia per­caya Fabregas lebih suka untuk kembali ke Arsenal, Wenger berkata: “Sudah tentu, ya.

“Saya tidak mahu mem­besar-besarkan perkara itu kerana kita perlu menerima hakikat iaitu apabila dia pergi ke Barcelona – dan ia adalah perpisahan pertama yang sukar bagi kami – dia dapat pergi ke mana-mana sahaja selepas itu.

“Saya secara peribadi per­caya perjanjian itu (dengan Chelsea) sudah lama dimete­rai, pada awal 2014.”

Wenger telah menasihatkan penyokong Arsenal untuk tidak mencemuh Fabregas apabila dia berbaris untuk menentang kelab yang pernah dilambangkannya di Stamford Bridge.

“Apabila Cesc mengimbas balik kariernya, dia akan mendapati Arsenal dan saya telah memberi impak yang sangat positif kepada kari­ernya. Tiada siapa yang dapat mempertikaikannya,” kata Wenger.

“Saya secara peribadi tidak marah terhadap Fabregas. Saya mendoakan kejayaannya. Dia seorang pemain yang he­bat, dan seorang individu dan pemain yang saya amat sukai. Selepas dia meninggalkan kami, dia sudah meninggalkan kami. Kami semua profesional dan kami perlu menerima hakikat itu.”

Pengurus Chelsea Jose Mourinho, yang menyak­sikan pasukannya berada enam mata di atas kelab di tempat keempat Arsenal di tempat teratas liga, berkata dia tidak berminat dengan perdebatan mengenai sama ada Fabregas lebih suka un­tuk kembali ke kelab lamanya atau tidak.

“Saya rasa ia tidak penting. Bagi saya, dia adalah seorang pemain Chelsea dan dia ber­main dengan cemerlang bagi kami,” kata pengurus Por­tugis itu.

“Dia ada tanggungjawab dan hakikat bahawa pasukan kami bermain dengan baik dan mencapai kejayaan, saya tidak mungkin lebih gembira den­gan saat kami memutuskan untuk membawanya ke kelab ini.

“Saya tidak tahu sama ada Chelsea adalah pilihan perta­manya atau bukan dan saya malah tidak berminat men­genainya. Bagi saya, dia hanya salah seorang pe­main saya.” — AFP

Advertisement