Anda di sini

Syabas pasukan Samarahan

Advertisement

GEMBIRA: Aidel (barisan belakang tiga kanan), Abdullah, Abdul Karim dan Haidel meraikan kejayaan pasukan Samarahan menjuarai Piala Sarawak 2014 bersama jurulatih dan pemain-pemain.

KUCHING: Penaung Per-satuan Bola Sepak Samara-han (PBBS), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah melahirkan rasa bangga dengan kejayaan pasukan Samarahan menjuarai Piala Sarawak 2014.

Beliau yang juga Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) berkata, penan-tian selama enam tahun untuk mengecapi semula trofi berprestij itu menjadi realiti berkat kegigihan serta komitmen persatuan, juru-latih dan pemain-pemain sendiri.

“Saya berharap kejuaraan Piala Sarawak terus kekal di Samarahan pada kejohanan akan datang,” katanya pada majlis meraikan kejayaan pasukan itu di sini malam kelmarin.

“Jika kita fokus, tiada apa yang dapat menghalang kita untuk terus mencapai ke-jayaan,” tambahnya.

Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Neg-eri (ADUN) Asajaya berkata, kejayaan itu turut dikongsi semua warga Samarahan yang amat mengharapkan pasukan itu dapat mengem-balikan zaman kegemilangan seperti yang pernah mereka kecapi dahulu.

Tambahnya, pemain-pe-main harus mengekalkan keyakinan dan semangat perjuangan tinggi agar ke-juaraan terus berada dalam genggaman mereka sampai bila-bila.

Pada majlis sama, jurulatih dan pemain-pemain meneri-ma habuan insentif keme-nangan yang disampaikan oleh Abdul Karim.

Sebagai hadiah tambahan, semua pemain, jurulatih dan exco PBBS diberi penyertaan percuma untuk mengikuti program ‘Retro Walk’ yang akan diadakan pada 11 Okto-ber ini.

Samarahan ditabalkan juara Piala Sarawak 2014 setelah menewaskan Angka-tan Tentera Malaysia (ATM) 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Negeri di sini, malam Sabtu lalu.

Pasukan itu dibimbing oleh bekas pemain Ngap Sayot, Ibrahim Mantali dan dibantu oleh Japari Ali.

Kali terakhir mereka me-menangi trofi berprestij itu pada 2008.

Hadir sama ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo, ADUN Semop Abdullah Saidol, Presiden PBBS Haidel Heli dan Pengurus Pasukan, Is-mawi Muhammad.

Advertisement