
TAHNIAH: Rick (lapan kanan) dan Chong bersama pemain-pemain bawah 12 tahun pada majlis penyampaian hadiah.
KUCHING: Pasukan SK St Andrew mempamer ke-hebatan setelah merangkul kejuaraan Pertandingan Futsal Antara Sekolah Ren-dah Zon A Bawah 12 tahun di Gelanggang Futsal Arena Sukan kelmarin.
Mereka menewaskan Sk St Thomas 4-2 pada per-lawanan yang berlangsung sengit.
Tempat ketiga bersama milik Sk Ong Tiang Swee dan SK Satria Jaya.
Saingan bawah sembilan tahun pula menyaksikan juara milik Sk Sg Stutong se-lepas menundukkan Sk Ong Tiang Swee 2-1 menerusi pe-nentuan sepakan penalti.
Sk Tabuan Ulu dan Se-kolah Tunku Putra berpuas hati selepas berkongsi tem-pat ketiga bersama.
Kejohanan selama dua hari itu disertai sebanyak 20 pasukan mewakili 12 sekolah rendah Zon A.
Ia anjuran bersama Se-kolah Tunku Putra dan Sekolah Rendah Lodge dan ditaja oleh Syarikat Cahya Mata Sarawak (CMS).
Selain memupuk budaya sihat, kejohanan itu juga bertujuan memilih pemain untuk mewakili Zon A pada pertandingan peringkat zon yang dijangka berlangsung pada penghujung bulan ini.
Guru Besar Sekolah Ren-dah Lodge, Chong Kian Tze dan Timbalan Pengetua Sekolah Tunku Putra, Rick Henson hadir menyam-paikan hadiah kepada para pemenang.