Anda di sini

Polis Perak tingkat pemantauan dan rondaan di premis mesin ATM

Advertisement

IPOH: Polis Perak kini me-ningkatkan pemantauan dan rondaan di premis yang menyediakan kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) ekoran beberapa insiden penggodaman mesin berkenaan yang meng- akibatkan kerugian jutaan ringgit.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata bagaimanapun setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian penggodaman ATM di negeri ini.

“Kita akan memantau lokasi yang berpotensi dijadikan sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab, perkembangan insiden diberi perhatian serius meman-dangkan kejadian ini telah berlaku di negeri lain,” kata-nya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah (KPD) Tanjung Malim yang baharu iaitu Supt Ahmat Mat Isa, menggantikan Timbalan KPD DSP R. Supramaniam yang sebelum ini memangku jawatan tersebut, di Bilik Mesyuarat Utama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini.

Baru-baru ini, kes penggodaman mesin ATM melibatkan empat buah bank di Kuala Lumpur, Melaka, Johor Baharu dan Selangor dengan anggaran kerugian lebih RM3 juta dipercayai digodam sindiket dari Amerika Latin.

Acryl Sani berkata polis juga mengadakan perbinca-ngan dengan pihak bank bagi mencari kaedah terbaik untuk meningkatkan keselamatan mesin ATM. — Bernama

Advertisement